bio
SIAPA SEBENARNYA
Shahrizal bin Mahadi ?
Pengasas Officialstudio.co
Photographer / Videographer
base in Kluang, Johor
- Berpengalaman lebih 10 tahun dalam pelbagai genre fotografi & videografi termasuk perkahwinan, event korporat, dan juga studio portrait.
- Leader kepada kominiti fotografer & videographer di Kluang yang diberi nama CLICK COMMUNITY.
Hari ini saya bukan datang sebagai “pENGAJAR” semata-mata, tapi sebagai rakan dalam industri yang nak sama-sama berkongsi asas yang kadang kita terlupa, tapi sangat besar kesannya dalam hasil kerja kita. sesi ni bukan pembentangan satu hala sahaja, kita akan banyak berbincang dan berkongsi tentang pengalaman masing².

Let’s get to know each other
ICE BREAKING (ALL PARTICIPANT)
LETS GO!

BASIC ( ASAS )
in photography
 
Asas fotografi merujuk kepada elemen-elemen fundamental yang menentukan bagaimana sesuatu gambar dihasilkan
KENAPA ASAS ITU PENTING
WALAUPUN KITA SUDAH PRO ?
Pemahaman dan kawalan terhadap tiga elemen utama yang dikenali sebagai Segitiga Exposure:
iso
Tahap sensitiviti sensor kamera terhadap cahaya
Praktikal:
- ISO rendah (100–400) digunakan waktu cukup cahaya – contoh: luar rumah siang hari.
- ISO tinggi (800–3200 atau lebih) digunakan waktu cahaya malap – contoh: indoor event, konsert, malam hari.
Trade-off:
- ISO tinggi = gambar lebih cerah tetapi lebih noise (bintik-bintik kasar).
Contoh:
Ambil gambar dalam dewan yang gelap. Jika tak naikkan ISO, gambar gelap. Tapi jika naikkan ISO terlalu tinggi, gambar noise. Jadi anda perlu cari ISO optimum.
Shutter speed (kelajuan shutter)
Menentukan berapa lama cahaya dibenarkan masuk, mempengaruhi kesan gerakan.
Praktikal:
- Shutter laju (1/500s, 1/1000s) – untuk pegunkan pergerakan.
- Contoh: ambil gambar orang melompat, aksi sukan.
- Shutter perlahan (1/10s, 1s atau lebih) – untuk tangkap pergerakan atau lebih cahaya.
- Contoh: air sungai jadi ‘halus’, atau night photography.
Trade-off:
- Shutter perlahan = risiko blur jika tangan gegar atau subjek bergerak.
Contoh:
Rakam orang sedang berjalan. Guna shutter 1/50s akan tunjuk sedikit gerakan. Guna 1/1000s – gambar stop(pegun).
Aperture
Mengawal jumlah cahaya yang masuk.
Praktikal:
- Aperture besar (f/1.8, f/2.8) – lebih banyak cahaya masuk, DOF cetek → background kabur (bokeh).
- Contoh: gambar potret.
- Aperture kecil (f/8, f/11, f/16) – cahaya kurang masuk, DOF luas → semua dalam fokus.
- Contoh: lanskap, group photo.
Trade-off:
- Aperture besar = lebih kabur di belakang tapi susah fokus tepat kalau subjek bergerak.
Contoh:
Ambil gambar potret guna f/1.8 – muka tajam tapi background kabur cantik.
Gambar family ramai orang – guna f/5.6 atau f/8 supaya semua orang sharp.
walaupun kita guna kamera canggih atau edit dengan software hebat, jika gambar dari awal tidak dikawal dengan asas yang betul, hasilnya tetap lemah. Asas fotografi ialah perkara utama kepada semua jenis gaya dan genre dalam fotografi profesional.

COMPOSITION (KOMPOSISI)
Komposisi ialah cara menyusun elemen dalam bingkai supaya gambar lebih menarik, seimbang, dan mempunyai impak visual yang kuat. Ia bukan sekadar ‘cantik’. komposisi juga membantu menyampaikan cerita dan emosi.
Rule of Thirds
Bahagikan bingkai kepada 9 bahagian (3x3 grid). Letakkan subjek utama di titik persilangan atau sepanjang garis tersebut.
Kenapa?
- Buat gambar nampak lebih semula jadi dan tidak membosankan.
- Meningkatkan keseimbangan visual.
Contoh praktikal: Potret seseorang – mata diletakkan pada garis atas grid.
LEADING LINE
Gunakan elemen seperti jalan, pagar, anak tangga untuk menarik perhatian mata ke arah subjek.
Kenapa?
- Membimbing penonton secara visual.
- Tambah ‘depth’ dalam gambar.
Contoh praktikal: Gambar pengantin berjalan atas jambatan – gunakan lantai kayu sebagai ‘leading line’ ke arah mereka.
Framing
Gunakan objek seperti pintu, jendela, lengkungan atau ranting pokok untuk bingkaikan subjek anda.
Kenapa?
- Tambah fokus dan kedalaman.
- Gambar jadi lebih ‘immersive’.
Contoh praktikal: Ambil gambar subjek dari celahan tingkap kayu lama.
Symmetry & Patterns
Gunakan bentuk simetri (kiri dan kanan seimbang) atau corak berulang (tiles, bangunan).
Kenapa?
- Menarik secara psikologi – otak suka keseimbangan.
- Sesuai untuk gambar arkitektur atau minimalis.
Contoh praktikal: Tangkap gambar bangunan dari tengah supaya kiri-kanan seimbang.
Komposisi bukan asas yang paling penting.
Ia adalah panduan visual sahaja. Anda boleh "break the rules" jika tahu sebabnya.
Tapi dengan menguasai asas komposisi, anda akan hasilkan gambar yang lebih berjiwa, bercerita, dan memukau.

SHARING IS CARING
"Kita semua bermula dari kosong.
Yang membezakan hanyalah jalan cerita kita."
Terima kasih kerana bersama-sama dalam sesi hari ini. Dalam dunia fotografi, tiada siapa yang terlalu hebat untuk belajar, dan tiada siapa yang terlalu baru untuk menyumbang. Kita semua datang dengan latar belakang yang berbeza. Ada yang sudah lama pegang kamera, ada yang baru berani cuba. Tapi satu perkara yang menyatukan kita ialah
cinta terhadap seni.
Sebelum kita akhiri, saya galakkan semua untuk berkongsi pengalaman masing-masing:
Apa cabaran paling besar sepanjang jadi fotografer?
Apa perkara paling tak dilupakan bila ambil gambar klien?
Apa impian kita seterusnya dalam bidang ini?
Sesi perkongsian ini bukan saja untuk kita kenal satu sama lain, tapi juga untuk bantu kita rasa tidak keseorangan dalam perjalanan ini. Kadang, dari cerita orang lain, kita boleh jumpa penyelesaian yang kita cari selama ini.
“Ilmu bila disimpan akan mati. Tapi bila dikongsi,
ia akan berkembang dan tersebar kepada setiap orang.”
Follow me on Instagram


